Boeing 787-9 Dreamliner Papar Ciri Baharu

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Boeing terus membuat kemajuan ke atas pesawat 787-9 Dreamliner pertamanya, yang turut menjadi pesawat 787 komersil pertama yang menggunakan simbol baharu Boeing.

Pesawat itu baru sahaja dikeluarkan dari hangarnya, kata pengeluar pesawat berkenaan dalam satu kenyataan dari Everett, Washington.

Wajah baharu barisan keluarga Boeing ini bermula dengan 747-8, diikuti 737 MAX.

Lambang baharu ini mengekalkan sebahagian besar ciri-ciri asal simbol 787-8, menambah angka utama di ekor bagi membantu membezakannya dengan model dalam barisan keluarga berkenaan.

787-9 akan melengkapkan barisan keluarga 787, menawarkan syarikat penerangan itu dengan keupayaan untuk menambah laluan yang dibuka menggunakan 787-8.

Dengan fiuslaj 20 kali (enam meter) yang lebih panjang, 787-9 akan berupaya membawa 40 penumpang tambahan, tambahan 300 batu nautika (555 kilometer), dengan menjimatkan bahan api sebanyak 20 peratus serta mengurangkan pelepasan asap lebih rendah berbanding pesawat sama saiz dengannya.

787-9 memanfaatkan reka bentuk berwawasan 787-8, menawarkan ciri-ciri yang menjadi pilihan penumpang seperti lebih besar, tingkap yang lebih gelap, pencahayaan LED moden, kelembapan yang lebih tinggi, tekanan kabin yang lebih rendah, udara yang lebih bersih serta perjalanan yang lebih lancar.

Boeing berada pada kedudukan yang baik untuk mengeluarkan dan menerbangkan 787-9, yang kini dipertingkat akhir pengeluaran, pada lewat musim panas.

Penyerahan pertama untuk Air New Zealand dijadualkan pada pertengahan 2014. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan