Sekurang-Kurangnya 72 Terbunuh Dalam Demonstrasi Di Kaherah

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 72 orang terbunuh dalam pertempuran di Kaherah pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan Mesir selepas keganasan berlaku pada demonstrasi yang menyokong bekas Presiden Mohamed Morsi.

Kementerian itu berkata sembilan yang lain meninggal dunia dalam keganasan di bandar kedua Mesir, Alexandria, sehari sebelum itu, meletakkan jumlah dalam dua hari pergolakan pada angka 81.

Pertumpahan darah di Kaherah adalah yang terburuk sejak penyingkiran Morsi dalam satu rampasan kuasa yang diketuai tentera pada 3 Julai lalu dan mendorong kecaman domestik dan antarabangsa, manakala penunjuk perasaan menuduh pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, yang mana negara itu menyumbang berjuta-juta dolar dalam bantuan ketenteraan dan ekonomi ke Mesir, menyatakan "kebimbangan mendalam" Washington terhadap pertumpahan darah.

Dalam satu kenyataan, Kerry juga berkata pihak berkuasa mempunyai "tanggungjawab moral dan undang-undang untuk menghormati hak berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara".

Aref Ahmed, jurucakap Morsi dari Ikhwanul Muslimin berkata 66 orang terbunuh di masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah, di mana penyokong-penyokong presiden yang digulingkan telah berkhemah.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan