Restoran Di Filipina Dibom, Enam Maut

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Enam terbunuh manakala lebih 12 lagi cedera susulan letupan bom di sebuah restoran di selatan Filipina, kata pegawai polis tempatan.

Polis berkata, letupan itu berlaku tengah malam tadi di sebuah restoran popular di bandar pelabuhan selatan Cagayan de Oro.

Bagaimanapun, punca letupan itu masih belum dikenalpasti, kata Ketua Polis Cagayan de Oro, Graciano Mijares.

“Kita tunggu hasil siasatan,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan