41 Maut Dalam Dua Letupan Di Pakistan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PESHAWAR: Dua serangan bom berani mati menggegar pasar yang sedang sesak dengan pengunjung di barat daya Pakistan, awal pagi Sabtu dengan sekurang-kurangnya 41 terbunuh manakala lebih 150 lagi cedera.

Ia adalah serangan berdarah terbesar berlaku di Pakistan sejak umat Islam melakukan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Letupan berlaku di bazar Parachinar, bandar utara di Daerah Kurram yang bersempadan dengan Afghanistan ketika menjelang umat Islam sedang membeli juadah berbuka puasa.

“Kami boleh mengesahkan jumlah kematian setakat ini seramai 41 orang manakala 150 lagi cedera akibat dua letupan berkembar itu," kata Sabir Hussein, pengarah hospital daerah berkenaan.

“Dua letupan berlaku di bazar utama di Parachinar dan ia dilakukan oleh pengebom berani mati yang berjalan memasuki pasar yang sedang sesak itu," kata pegawai kanan pentadbiran daerah, Riaz Mehsud.

Mehsud berkata, pasar berkenaan dibanjiri orang ramai dengan barangan berterbangan semasa letupan dan lebih 15 kedai dan dua kereta turut rosak.

“Kami menjumpai banyak cebisan daging dan darah manusia, termasuk penyerang berani mati itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan