Putera Baru Dinamakan George Alexander Louis

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Putera George selamat dilahirkan pada petang Selasa.
Putera George selamat dilahirkan pada petang Selasa.

LONDON: Putera William dan isterinya Kate Middleton memgumumkan pada Rabu yang anak lelaki mereka akan dikenali sebagai Putera George Alexander Louis.

Pewaris ketiga takhta Kerajaan Britain itu bakal menjadi Raja Britain yang ketujuh memakai nama tersebut apabila baginda menaiki takhta kelak.

King George yang pertama iaitu moyangnya, menaiki takhta 300 tahun yang lalu pada 1714 adalah seorang raja dari wilayah Hannover, Jerman.

Baginda dijemput ke Britain untuk menjadi raja selepas kematian kakaknya yang terlebih dahulu menjadi ratu Britain tetapi meninggal dunia tanpa meninggalkan waris.

King George I menjadi Raja tanpa boleh bercakap sepatah pun perkataan Inggeris.

George juga adalah nama bapa Ratu Elizabeth II, raja dan pemerintah Britain sekarang.

Bapa ratu memakai gelaran King George VI dan memerintah dari 1936 hingga 1952.

Nama tengah putera baru ini - Alexander - mempunyai kaitan dengan Scotland dan juga Greek.

Malah nama George juga berasal dari Greek.

Suami Ratu Elizabeth, Putera Philip adalah seorang putera dari keluarga diraja Greek.

Terdapat tiga orang Raja Scotland menggunakan nama Alexander ketika menaiki takhta.

Sementara nama ketiganya iaitu Louis dikatakan ada kaitan dengan pakcik kepada datuk Putera William iaitu Lord Louis Mountbatten yang dibunuh oleh gerila pembebasan Ireland pada 1979.

Dalam pada itu nama George juga adalah nama pilihan yang ke-12 paling popular di Britain.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan