Bekas Ahli Politik China Didakwa Rasuah, Seleweng & Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Bekas ahli politik terkenal China Bo Xilai didakwa atas pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, lapor agensi berita Xinhua.

Pendakwa raya di bandar Ji'nan wilayah Shandong di utara China pada Khamis mendakwa sebagai kakitangan kerajaan, Bo, mengambil kesempatan atas kedudukannya mencari untung untuk orang lain dan menerima sejumlah wang yang banyak dan hartanah.

Bo, bekas ketua parti bagi Majlis Perbandaran Chongqing, juga menyelewengkan sejumlah besar wang awam dan menyalahguna kuasa, sehingga menjejaskan kepentingan rakyat dan negara dan melakukan jenayah serius, menurut kertas pertuduhan.

Dia akan didakwa atas pertuduhan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, menurut kertas pertuduhan itu.

Tahun lalu, Bo disingkirkan dari Parti Komunis China (CPC) selepas dituduh rasuah, hubungan seksual yang tidak wajar dengan beberapa wanita dan menyembunyikan perbuatan isterinya, Gu Kailai membunuh ahli perniagaan Britain Neil Heywood.

Gu dijatuhi hukuman mati dengan dua tahun penangguhan hukuman bagi membunuh dengan sengaja oleh Mahkamah China pada Ogos. Kes Bo dilihat sebagai skandal politik terbesar China. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan