Angka Kematian Akibat Gempa Di China Meningkat Kepada 95 Orang

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Angka kematian dalam gempa bumi kuat yang melanda Wilayah Gansu di barat laut China meningkat kepada 95 orang, dengan seorang dilaporkan hilang, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Gempa yang membawa kemusnahan itu turut mengakibatkan 1,001 orang cedera manakala kira-kira 127,000 bangunan runtuh.

Kira-kira 227,000 mangsa telahpun dipindahkan, menurut laporan agensi berita kerajaan, Xinhua.

Gempa kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Gansu pada 7.45 pagi Isnin.

Pusat gempa itu dikesan pada latitud 34.5 darjah utara dan longitud 104.2 dajah timur pada kedalaman 20km, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.

Laporan menyebut kira-kira 3,000 anggota polis dan penyelamat ditugaskan di kawasan yang dilanda gempa itu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan