Gear Pendaratan Southwest Airlines Jatuh Sewaktu Mendarat, Lapan Cedera

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seramai lapan orang cedera pada Isnin (waktu New York) selepas gear pendaratan depan pesawat Southwest Airlines yang membawa 150 orang terjatuh sewaktu mendarat di lapangan terbang LaGuardia di New York.

Kemalangan itu mengakibat Boeing 737-700 dengan hidung pesawat bersandar di landasan dan memaksa penutupan lapangan terbang buat sementara waktu, yang mana kebanyakannya mengendalikan penerbangan keluar masuk dari bandar-bandar lain di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa perkhidmatan kecemasan telah membantu dalam pemindahan penumpang dan anak kapal penerbangan 345 dari Nashville.

"Laporan saksi menunjukkan gear hidung pesawat runtuh ketika mendarat," katanya dalam satu kenyataan.

"Laporan awal menunjukkan responder tempatan menjaga lima pelanggan dan tiga pramugari yang telah melaporkan mengalami kecederaan pada masa ini. Southwest sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, dan (badan keselamatan penerbangan AS) NTSB telah dimaklumkan mengenai perkara itu."

Rakaman televisyen menunjukkan pesawat bahagian hadapannya jatuh ke tanah dan pemindahan penumpang menerusi gelongsor keselamatan.

Kawasan berkenaan dikelilingi oleh kenderaan kecemasan.

Para penumpang dalam pesawat menyaksikan percikan api ketika hidung pesawat diseret sepanjang landasan.

Penerbangan lain yang dijadualkan untuk terbang ke La Guardia akan dilencongkan ke hab lain di New York, Newark dan John F Kennedy, berikutan kelewatan yang begitu panjang.

Semua pelepasan ditunda selama lebih dua jam selepas kejadian itu.

NTSB berkata, ia akan menghantar penyiasat ke La Guardia untuk melihat kejadian itu.

Seramai tiga orang terbunuh dan 180 cedera pada awal bulan ini apabila pesawat Asiana Airlines Boeing 777 terhempas semasa mendarat di San Francisco.

Menurut penemuan awal dari NTSB, penerbangan Asiana terhempas kerana ia terbang terlalu rendah dan terlalu perlahan apabila ia menghampiri landasan. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan