Putera William-Kate Middleton Dikurnia Anak Lelaki

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan keadaan di perkarangan Istana Buckingham di London pada Isnin (waktu London) dan melihat pengumuman mengenai kelahiran bayi lelaki kepada pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge, Catherine atau Kate Middleton. Kate pada Isnin melahirkan seorang bayi lelaki yang akan bergelar pewaris takhta Britain suatu hari nanti, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan. Foto AFP
Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan keadaan di perkarangan Istana Buckingham di London pada Isnin (waktu London) dan melihat pengumuman mengenai kelahiran bayi lelaki kepada pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge, Catherine atau Kate Middleton. Kate pada Isnin melahirkan seorang bayi lelaki yang akan bergelar pewaris takhta Britain suatu hari nanti, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan. Foto AFP

LONDON: Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate meraikan kegembiraan selepas Kate melahirkan seorang putera yang kini menduduki tangga ketiga untuk mewarisi takhta Britain.

Sorakan orang ramai bergema di hadapan Istana Buckingham selepas pengumuman rasmi yang Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan pewaris lelaki yang sihat seberat 3.8 kilogram pada jam 4.24 petang Isnin waktu tempatan.

Bayi yang belum dinamakan itu akan memakai gelaran rasmi iaitu Putera Cambridge dan berada di belakang ayahandanya Putera William dan datuknya Putera Charles selepas Ratu Elizabeth II mangkat atau melepaskan takhtanya.

"Kita amat gembira," kata William, yang merupakan anak Charles dan mendiang Puteri Diana, dalam satu kenyataan ringkas.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya Michelle membawa perutusan antarabangsa dengan "sambutan yang meriah" manakala Kanada adalah yang pertama untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran pewaris takhta itu.

Kate Middleton, 31, menghabiskan sepuluh jam dalam bilik bersalin selepas beliau dan William berada di Hospital London St Mary, Paddington.

"Yang Teramat Mulia The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 16:24 (waktu London)," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan hanya lebih empat jam selepas Kate melahirkan anak lelakinya itu .

Tempat kelahiran bayi milik pasangan diraja itu adalah hospital yang sama di mana mendiang Puteri Diana melahirkan William pada tahun 1982.

Sementara itu Ratu Elizabeth yang kini berusia 87 tahun akan mencatat sejarah sebagai pemerintah pertama dalam tempoh 120 tahun yang masih hidup untuk menyambut kelahiran pewaris takhta kerajaannya.

Baginda Ratu sudah pun mempunyai lapan orang cucu dan dan dua cicit sebelum ini.

Queen Victoria iaitu datuk kepada Ratu Elizabeth adalah Ratu terakhir untuk menyambut kelahiran bakal pemerintah iaitu Putera Edward VIII yang kemudiannya menaiki takhta dan selepas itu melepaskan takhta berkenaan untuk berkahwin dengan seorang wanita Amerika Syarikat.

Tempatnya kemudian diambil alih oleh adiknya iaitu bapa kepada Ratu Elizabeth.

- AFP

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan