Lelaki Tidak Sarapan Hadapi Risiko Serangan Jantung - Kajian

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Lelaki yang tidak mengambil sarapan pagi akan berhadapan dengan risiko lebih tinggi mengalami penyakit serangan jantung, menurut kajian Amerika Syarikat (AS).

Satu kajian yang membabitkan hampir 27,000 lelaki mendapati mereka yang gagal untuk makan pada waktu pagi mempunyai risiko untuk mengalami serangan jantung lebih tinggi dengan 27 peratus berbanding mereka yang menikmati sarapan pagi.

Lelaki berkenaan, yang berumur dalam lingkungan dari 45 sehingga 82 tahun, mengambil bahagian dalam kaji selidik mengenai amalan pemakanan yang memberi kesan kepada rahap kesihatan, dari tahun 1992 sehingga 2008.

Mereka yang tidak bersarapan pagi kebanyakannya dalam lingkungan usia yang lebih mudah, dan merupakan antara perokok, bekerja sepenuh masa, tidak berkahwin, tidak aktif secara fizikal dan minum lebih banyak alkohol.

"Tidak mengambil sarapan pagi mungkin mendorong kepada satu atau lebih faktor yang berisiko, termasuk obesiti, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan diabetis, yang mungkin akan mengakibatkan penyakit serangan jantung," kata Leah Cahill, penulis dan pengkajian utama dalam kajian itu di Fakulti Kesihatan Awam di Havard.

"Jangan tidak mengambil sarapan pagi. Makan pagi dikaitkan dengan usaha mengurangkan risiko penyakit serangan jantung," kata Cahill. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan