Seorang Maut, Dua Cedera Bas Terbalik Di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang penumpang maut manakala dua lagi termasuk pemandu bas cedera apabila bas SMRT tergelincir dan terbalik di persimpangan Lebuhraya Bukit Timah dan Dairy Farm Road pagi Ahad.

Akhbar Straits Times melaporkan mangsa yang cedera dihantar ke hospital universiti.

Menurut Pasukan Pertahan Awam, ia menerima panggilan pada 8.57 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian mendapati seorang penumpang lelaki terperangkap di dalam bas bernombor 700A.

Mangsa kemudiannya mati di tempat kejadian. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan