Dua Lagi Mati Dalam Keganasan Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YALA: Keganasan di selatan Thailand berterusan dengan dua lagi kematian dalam kejadian berasingan pada Isnin.

Insiden pertama menyaksikan seorang pengawal sukarela kampung mati ditembak ketika dalam perjalanan ke kebun getah untuk menoreh awal pagi tadi.

Mangsa, Matsaifu Hatamat, 26, ditembak dengan pistol dari jarak dekat pada 6.15 pagi di Kampong Jakuah yang terletak dalam daerah Raman, kata Ketua Polis Mukim Jakuah Kapten Pratueang Suwannachateri.

Kejadian kedua pula berlaku pada 4 petang di Pattani membabitkan seorang Tok Penggawa Mukim Klongreak di daerah Yaring yang mati ditembak di Kampung Tarung, Muang Pattani, iaitu di kawasan jalan raya Pattani-Narathiwat.

Kolonel Polis Tuandir Jutanon berkata mangsa, yang dikenali sebagai Matdaree Lamen, ditembak dengan senapang AK47 dan M16.

Beliau berkata saksi yang melihat kejadian memberitahu Matdaree memandu kereta untuk pulang ke rumah, dan apabila tiba di tempat kejadian, sebuah trak serta empat lelaki bersenjata yang duduk di bahagian belakang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan mangsa.

Apabila kereta Matdaree terbabas, dua lelaki turun dari trak dan menembak mangsa dari jarak dekat sehingga mangsa mati, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan