Keganasan Berterusan Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Keganasan terus berlaku di selatan Thailand dengan lima kejadian dilaporkan hari ini walaupun Inisiatif Keamanan Ramadan dicapai di Kuala Lumpur Jun lepas.

Dalam kejadian serangan pertama pada Jumaat, seorang Tok Penggawa Mukim Katong, daerah Yaha, wilayah Yala Matsaki Kanet, 38, cedera ditembak pada pukul 12 tengah hari, kata Ketua polis Wilayah Yala Mej Jen Polis Pira Boonliang.

Dalam kejadian kedua di wilayah Narathiwat, seorang lelaki, Sufian Mamat, mati dalam pertempuran dengan pihak keselamatan Thailand yang mengepung rumahnya pada 3.20 petang di Kampung Yanin Jok Irong, Narathiwat.

Komander Renjer 11 Jok Irong Lt Kol Chalerm Niamcuai berkata Sufian ialah angota Rundak Kumpulan Kecil (RKK) yang melakukan pengeboman di Jok Irong yang mencederakan dua anggota tentera.

Beliau berkata beberapa waran tangkap telah dikeluarkan untuk Sufian di wilayah Narathiwat.

Penolong ketua polis wilayah Narathiwat Kol Polis Manas Krismat pula berkata dalam kejadian ketiga di Kampong Rusak, Narathiwat pada 5.50 petang, seorang lelaki dikenali sebagai Hamdi Mahamamalee, 21, cedera ditembak.

Manas berkata dalam satu lagi kejadian pada pukul 6.50 petang, Asmadi Tuwaenya mati dan isterinya Ilham Kuma cedera di tembak di Kampung Natham, Muang Yala.

Pada pukul 7.15 malam pula, seorang lelaki, Asri Chekmama, mati ditembak di Kampung Tanjunglima, Muang Narathiwat, katanya.

Inisiatif Keamanan Ramadan, yang meliputi tempoh 10 Julai hingga 18 Ogos, dicapai susulan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai mengenai Selatan Thailand (JWG-PDP) keempat yang diadakan di Kuala Lumpur.

Inisiatif itu ialah untuk wilayah selatan Thai iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan lima lagi kawasan di Songkhla iaitu Nathawi, Sadao, Chenak, Tiba dan Sebaya.

Sepanjang tempoh itu, Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand akan menjamin keselamatan dan kemakmuran semua rakyatnya tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.

Pada masa yang sama, puak pemisah Barisan Revolusi Nasional (BRN) akan berusaha untuk tidak mencetuskan keganasan ke arah pasukan keselamatan dan orang ramai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan