Nelson Mandela Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-95

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHANNESBURG: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-95 pada Khamis dengan menerima ucapan selamat dan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Mandela masih dirawat di hospital ekoran jangkitan kuman pada paru-paru.

Anaknya, Zindzi berkata, Mandela kini semakin pulih berbanding beberapa minggu yang lalu.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma pula menyeru rakyat negara itu melakukan kerja-kerja amal sepanjang hari ini sebagai menghargai sumbangan Mandela kepada negara itu.

Semua sekolah di negara itu telah menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Mandela pada perhimpunan pagi mereka manakala Mandela sendiri akan menerima kad pengenalan baru bermutu tinggi menerima anaknya Zindzi.

Mandela berada di wad Hospital Pretoria sejak 41 hari yang lalu akibat jangkitan kuman.

Dilahirkan pada 18 Julai 1918, Mandela berjuang untuk mendapatkan hak sama rata dengan penduduk kulit putih Afrika Selatan yang mendominasi ekonomi dan pentadbiran negara itu sejak berdekad lamanya.

Berkelulusan undang-undang, Mandela merengkuk 27 tahun di dalam penjara kerana menentang dasar apartied negaranya.

Bagaimanapun Mandela akan dikenang bukan sahaja sebagai seorang pejuang yang sanggup dipenjarakan tetapi juga sebagai seorang pemaaf yang memaafkan mereka yang telah memenjarakannya sepanjang zaman mudanya.

Selepas berjaya menamatkan dasar apartied, Mandela telah terpilih sebagai presiden kulit hitam yang pertama negaranya.

Beliau menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menyatupadukan semula negara yang berpecah dua kerana perbezaan warna kulit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan