Mandela Sudah Boleh Tonton Televisyen - Berita Dunia | mStar

Mandela Sudah Boleh Tonton Televisyen

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHANNESBURG: Nelson Mandela yang kini dirawat di hospital dilaporkan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sehingga boleh menonton televisyen, kata anak perempuannya pada Khamis.

Keadaan kesihatan ikon antiapartheid itu agak merosot sejak dua minggu lalu namun keadaannya berubah menjelang sambutan kelahirannya yang ke-95.

"Dia menunjukkan peningkatan yang menakjubkan," kata Zindzi Mandela kepada stesen Sky News Britain.

Zindzi berkata, beliau melawat ayahnya semalam dan melihat Mandela menonton tv dengan menggunakan pembesar suara di telinga.

"Dia melemparkan senyuman kepada kami dan reaksinya amat baik...dengan matanya boleh bergerak dan kadang kala mengangkat tangannya seolah-olah hendak bersalaman dengan anda," katanya.

Zindzi adalah anak perempuan bongsu Mandela dengan bekas isterinya, Winnie Madikizela-Mandela.

Beliau mengakui pada peringkat awal keluarga mereka amat bimbang dengan keadaan kesihatan Mandela.

Mandela dimasukkan ke Hospital Pretoria pada 8 Jun lalu kerana jangkitan paru-paru dan pernah kesihatannya di peringkat kritikal tetapi stabil. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan