Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera Utara - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera Utara

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 7.41 pagi Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), pusat gempa terletak 100 kilometer di utara Langsa, Indonesia dan 233 kilometer di barat daya Langkawi, Kedah.

Gegaran turut dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

JMM sedang memantau perkembangan itu.

-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan