Malindo Air Dapat Kebenaran Terbang Ke Mumbai

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, telah mendapat kebenaran untuk terbang ke Mumbai serta ke beberapa destinasi di selatan India, demikian menurut satu laporan.

Sebelum itu, adalah dilaporkan bahawa syarikat penerbangan itu akan memulakan penerbangan laluan Kuala Lumpur-New Delhi tidak lama lagi.

Malindo Air akan menggunakan pesawat Boeing 737-900ER pada laluan Kuala Lumpur-New Delhi, dengan menyediakan peruntukan bagasi 15 kilogram, makanan dan hiburan di dalam penerbangan, demikian menurut laporan TTG Asia.

"Syarikat penerbangan itu juga dijangka terbang ke Kolkata, Trivandrum, Chennai dan Bangalore tidak lama lagi," kata Pengarah Urusan Survottam Travel Rajendra Churiwala, sebagai berkata.

Katanya penerbangan baharu itu dijangka mendapat sambutan di pasaran itu kerana penumpang bukan sahaja akan menggunakan Malindo Air untuk ke Kuala Lumpur dan Kuching, malah juga ke Singapura.

Ini adalah berikutan harga tambangnya yang berdaya saing berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan SilkAir.

Malaysia mencatatkan 780,000 ketibaan pelancong dari India pada tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan