Harga Emas Di India Naik RS28,000 Setiap 10 Gram

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Harga emas di India dijangka melonjak sekali lagi kepada Rs28,000 (AS$467) setiap 10 gram menjelang akhir tahun dengan permintaan akan meningkat ekoran musim perkahwinan, demikian menurut satu kajian.

"Harga akan bergerak antara Rs26,500 (AS$442) dan RM27,500 (AS$459) sebelum mencecah Rs28,000 setiap 10 gram sekitar November dan Disember," kata kajian yang dibuat oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India (Assocham) mengenai trend emas.

"Kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menyatakan emas sudah hilang tarikannya berbanding ekuiti ekoran penambahbaikan di dalam ekonomi AS," kata kajian itu.

Malah, katanya, sekiranya andaian yang ekonomi AS telah semakin pulih betul, maka, akibat yang seterusnya ialah inflasi akan meningkat dalam ekonomi Amerika.

"Dan pada masa itu, emas akan sekali lagi dilihat tempat yang selamat jika dibandingkan dengan inflasi," kata kajian itu.

Kajian itu dibuat berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa penganalisis domestik dan antarabangsa serta para pengurus dana dan urus niaga emas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan