17 Maut Dalam Rempuhan Kejohanan Tinju Di Indonesia - Berita Dunia | mStar

17 Maut Dalam Rempuhan Kejohanan Tinju Di Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam rempuhan stadium selepas penonton merusuh bagi membantah kekalahan peninju tempatan dalam sebuah kejohanan tinju di timur Indonesia, lewat malam Ahad.

Leftenan Kolonel Gede Sumerta Jaya berkata, kebanyakan mangsa mati dipijak apabila kira-kira 1,500 penonton bergegas keluar dari stadium selepas rusuhan berlaku.

Peninju tempatan tewas dalam perlawanan merebut Piala Bupati, di Stadium Kota Lama, wilayah Papua Nabire.

Jaya berkata, rusuhan bermula selepas penyokong membaling kerusi kepada hakim.

Katanya, 12 yang mati adalah wanita dan sekurang-kurangnya 47 yang lain parah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan