Suspek Kes Bunuh Di Singapura Ditahan Selepas Diekstradisi Dari Malaysia - Berita Dunia | mStar

Suspek Kes Bunuh Di Singapura Ditahan Selepas Diekstradisi Dari Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Polis menahan seorang rakyat republik ini yang merupakan seorang pegawai polis yang ditempatkan di bahagian polis Bedok atas tuduhan membunuh.

Suspek yang berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi di Johor Baharu, Johor sebelum diekstradisi dan dibawa ke kompleks polis di sini Sabtu.

Pesuruhjaya Polis, Ng Joo Hee berkata suspek akan didakwa kerana membunuh secara kejam Tan Boon Sin dan anak lelakinya Tan Chee Heong tiga hari lalu di Hillside Drive.

"Kami kini telah menahan pegawai tersebut dan akan mendakwanya. Beliau merupakan suspek pembunuhan yang akhirnya akan menerima pembalasan di atas jenayah hina yang didakwa dilakukannya," katanya pada sidang akhbar.

Ng berkata pada Sabtu merupakan hari yang malang bagi pihak polis kerana suspek yang mereka tahan turut merupakan seorang anggota polis.

"Pegawai tersebut juga membawa kehinaan kepada 10,000 pegawai polis lain yang setiap hari berdedikasi melindungi orang lain dan menggadai nyawa mereka sendiri untuk melindungi orang lain," katanya.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata suspek dalam kes ini merupakan seorang staf Sarjan yang ditahan hasil kerjasama erat antara Pasukan Polis Singapura dan PDRM.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia atas bantuan mereka dalam menahan suspek. Ini merupakan contoh cemerlang perkongsian yang erat dan bernilai yang wujud antara agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dan Singapura sejak beberapa dekad lalu," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan