Puting Beliung Soulik Landa China

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Puting beliung kuat melanda tenggara China pada Ahad sehingga memaksa ratusan ribu penduduk di wilayah pesisir pantai berpindan selepas membadai utara Taiwan yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut.

Puting beliung Soulik menyebabkan sistem pengangkutan dan perdagangan di seluruh Taiwan terjejas dengan anggota kecemasan di Taiwan masih bertungkus-lumus untuk mengembalikan semula tenaga elektrik untuk kira-kira 520,000 kediaman dan mengalihkan ratusan pokok yang tumbang di jalan raya.

Kali ini taufan melanda wilayah China di Fujian pada petang semalam, dengan kelajuan angin 119 kilometer sejam, demikian menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan China.

Kira-kira 300,000 penduduk di Fujian terpaksa dipindahkan dari rumah mereka, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Di Fujian dan Zhejiang, satu lagi wilayah pesisir pantai, perkhidmatan kereta api digantung sementera manakala penerbangan dibatalkan dengan bot nelayan diarah kembali ke pelabuhan.

Perkhidmatan kaji cuaca China memberi amaran kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan