Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Guna Kad Kredit Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tiga rakyat Malaysia yang pertama kali berkunjung ke Thailand ditahan semalam kerana didakwa menggunakan kad kredit palsu untuk membeli barangan berjenama bernilai 844,700 baht.

Komander Polis Perlancongan, Maj Jen Polis, Roy Inkapairoj memberitahu pemberita mereka dikenali sebagai Yap Wei Lun, 28, Liew Choon Chick, 23, dan Bong Joo Soon, 30.

Mereka ditahan di sebuah kedai di Bangkok tengah ketika cuba membayar barangan yang mereka beli.

Turut ditemui pada mereka ialah sebanyak 14 keping kad kredit palsu dan empat resit kad kredit.

Inkapairoj berkata ketiga-tiga mereka mengaku mereka mengimbas maklumat kad kredit dari Amerika Syarikat untuk membeli jam tangan, tali pinggang dan beg yang mereka serahkan kepada seorang lagi rakyat Malaysia yang sedang bersembunyi sekarang.

Mereka didakwa memasuki Thailand secara haram melalui Sadoa, bahagian selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan