Nahas Pesawat Asiana: Penyiasat Beri Tumpuan Terhadap Dua Jurutebang

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Kedua-dua juruterbang Asiana Airlines mencuba sesuatu yang baru apabila pesawat Penerbangan 214 terhempas di San Francisco.

Di tempat duduk kiri dalam kokpit itu adalah Lee Gang-kuk, seorang juruterbang berumur 46 tahun dengan pengalaman menerbangkan pesawat Boeing 777 selama 35 jam, yang mendaratkan pesawat itu buat pertama kali di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Di sebelah kanan beliau pula ialah Lee Jeong-Min, seorang pelatih yang melalui penerbangan pertama itu sebagai juruterbang pentadbir.

Sementara kedua-dua lelaki itu mempunyai pengalaman dalam penerbangan selama bertahun-tahun, misi itu melibatkan tugas yang tidak biasa dilakukan sebelum ini, dan ia merupakan pertama kali mereka menerbangkan pesawat secara bersama.

Penerbangan itu berakhir dengan pengalaman tragik apabila pesawat itu yang diterbangkan terlalu perlahan dan terlalu rendah, terhempas ketika cuba untuk mendarat pada Sabtu lepas, mengorbankan dua penumpang dan mencederakan ramai yang lain.

Kumpulan penyiasat cuba mengumpulkan maklumat mengenai apakah masalah yang berlaku terhadap kedua-dua juruterbang itu, yang ditugaskan untuk bekerja bersama menerusi sistem kawalan yang ketat dibangunkan selepas beberapa nahas yang melibatkan kematian pada 1980an apabila tiada pengalaman petugas di dalam kokpit dipersalahkan sebagai punca.

Penyiasat juga memeriksa hubungan kerja kedua-dua juruterbang itu, kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Deborah Hersman pada Rabu.

“Kami begitu berminat untuk mengetahui sekiranya terdapat isu di mana wujudnya cabaran dalam komunikasi kru, sekiranya pihak berkuasa campur tangan di mana tiada pihak boleh mencabar antara satu sama lain,” katanya.

Juruterbang dilatih untuk berkomunikasi secara terbuka,” kata beliau.

“Ini bagi memastikan bahawa juruterbang muda berasa selesa mencabar seorang juruterbang lebih senior dan untuk memastikan juruterbang yang lebih senior itu menerima maklum balas dalam kokpit," katanya lagi.

NTSB kini mengumpulkan semua maklumat penyiasatannya melibatkan empat juruterbang yang berada dalam pesawat itu ketika nahas berlaku. - AP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan