Lapan Tentera Thai Cedera Dalam Letupan Bom Di Yala

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YALA: Lapan orang tentera Thai cedera sementara perjalanan keretapi dari stesen Yala tergendala akibat satu letupan bom di Kg Balo, di Daerah Raman di sini.

Ketua Polis Daerah Raman, Lt. Pol. Chanwut Raksaparm berkata bom buatan sendiri seberat 50 kg itu dipasang di dalam tong gas memasak yang ditanam di tepi landasan.

Bom itu diletup menggunakan alat walkie-talkie.

Dilaporkan trak yang dinaiki lapan orang tentera berkenaan yang pulang daripada rondaan keselamatan terhumban merentangi landasan.

Turut terbentuk lubang seluas tiga meter dengan kedalaman 1.5 meter di tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, perjalanan keretapi Sungai Golok terpaksa dibatalkan buat sementara waktu sementara perjalanan keretapi dari semua destinasi seperti Bangkok, Surathani dan Nakhonsrithammarat terkandas di stesen Yala.

Kejadian tersebut adalah yang pertama berlaku selepas puak pemisah Barisan Revolusi Nasional mengumumkan akan mengurangkan serangan di bulan Ramadan dengan mengenakan beberapa syarat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan