Puteri Arab Saudi Didakwa Atas Kes Pemerdagangan Orang

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANTA ANA, Carlifornia: Seorang puteri Arab Saudi didakwa kerana terlibat dengan pemerdagangan orang apabila menggaji seorang pekerja domestik secara paksaan di kondominium di Carlifornia, kata pendakwa raya.

Peguam Daerah Wilayah Orange, Tony Rackauckas mendapati Meshael Alayban, 42, yang merupakan seorang puteri Arab Saudi yang didakwa kerana terlibat dalam pemerdagangan orang.

Jika disabitkan kesalahan, puteri itu akan berhadapan dengan penjara maksimum 12 tahun.

Alayban ditahan selepas seorang wanita warga Kenya membawa satu beg pakaian menaiki sebuah bas dan memberitahu seorang penumpang bahawa dia percaya dia merupakan seorang mangsa pemerdagangan orang.

Penumpang itu kemudiannya membantu wanita itu dengan menghubungi polis, yang pergi ke kondo di mana Alayban dan keluarganya tinggal, kata pihak berkuasa.

Wanita yang berusia 30 tahun itu diambil bekerja di Kenya pada 2012 dan pasportnya diambil sewaktu ketibaan di Arab Saudi.

Dia dipaksa untuk bekerja lebih masa, dibayar gaji yang lebih rendah daripada apa yang dijanjikan dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan kerja itu, kata pihak berkuasa lagi.

“Ini bukan satu pertikaian kontrak,” kata Rackauckas kepada pendengaran pada tengah hari Rabu (waktu Amerika Syarikat).

“Ini adalah mengurung seseorang dengan melakukan sesuatu secara paksaan.”

Hakim menetapkan ikan jamin sebanyak AS$5 juta (RM15.79 juta) untuk Alaban dan puteri itu dikehendaki dipantau secara sistem kedudukan global (GPS).

Hakim turut melarang puteri itu keluar negara tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa terlebih dahulu. - AP

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan