Shah Rukh Khan Nafi Ketahui Jantina Anak Sebelum Dilahirkan

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan menafikan dia mengetahui jantina anak ketiganya sebelum kelahiran pra matang bayi lelaki tersebut.

Ujian imbasan jantina adalah salah disisi undang-undang di India untuk mencegah masalah pengguguran bayi di mana bayi lelaki menjadi pilihan masyarakat di India.

Khan berkata, dia enggan memberikan sebarang komen sebelum ini kerana emosinya sedikit terganggu mengenai tahap kesihatan anaknya itu yang baru saja dibenarkan pulang ke rumah dari hospital.

"Tiada ujian imbasan jantina dilakukan terhadap anak kami. Bayi itu dilahirkan sebelum spekulasi tersebar," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beberapa laporan akhbar tempatan, bayi tersebut diberi nama AbRam Khan yang dilahirkan pada minggu ke-34 dengan berat 1.5 kilogram.

"Anak lelaki kami dilahirkan oleh ibu tumpang dan keseluruhan proses perlu dirahsiakan. Kami merayu kepada semua supaya membolehkan kami menikmati saat indah ini sebagai satu keluarga," kata Khan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan