Pesawat Boeing 777 Terhempas: Jurulatih Penerbangan Mula Tugas Pertama Ketika Insiden

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pesawat Boeing 777 milik Asiana Airlines terputus di bahagian ekor dan bumbung pesawat terbakar selepas terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di San Francisco, Sabtu lalu.
Pesawat Boeing 777 milik Asiana Airlines terputus di bahagian ekor dan bumbung pesawat terbakar selepas terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di San Francisco, Sabtu lalu.

SEOUL: Jurulatih penerbangan yang ditugaskan untuk membimbing seorang pelatih juruterbang yang menyebabkan pesawat Asiana Airlines terhempas di San Francisco baru saja memulakan tugasnya sebagai jurulatih pada hari kejadian, kata syarikat penerbangan itu Selasa.

Syarikat penerbangan Korea Selatan itu mengesahkan jurulatih penerbangan, Lee Jung-Min menerima lesen mengajar Boeing 777, sebulan sebelum insiden pada Sabtu lalu.

Jurulatih itu yang merupakan seorang juruterbang berpengalaman ditugaskan untuk membimbing rakan sekerjanya Lee Kang-Kuk yang mendarat buat pertama kalinya menggunakan pesawat tersebut.

"Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap jurulatih pernah melalui hari pertama sebagai jurulatih," kata jurucakap wanita Asiana.

Pesawat Asiana Airlines Boeing 777 dengan lebih 300 penumpang di atas kapal terhempas ketika melakukan pendaratan di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, Sabtu lalu, menyebabkan kebakaran dan pecah di bahagian belakang.

Menurut laporan media sekurang-kurangnya dua orang yang berada di atas kapal Penerbangan 214 dari Seoul terbunuh.

Sekurang-kurangnya 10 yang lain, termasuk dua kanak-kanak, berada dalam keadaan kritikal, menurut salah sebuah hospital di bandar ini.

Rakaman video yang menunjukkan bahagian perut pesawat dikelilingi oleh anggota bomba dengan serpihan bertaburan di atas landasan dan di kawasan sekitarnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan