Nelson Mandela Masih Terlantar Di Hospital

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kanak-kanak memegang lilin dan kadbod dengan mesej berunsurkan sokongan kepada bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang masih terlantar di hospital. Foto EPA
Kanak-kanak memegang lilin dan kadbod dengan mesej berunsurkan sokongan kepada bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang masih terlantar di hospital. Foto EPA

JOHANNESBURG: Nelson Mandela masih terlantar di hospital di Afrika Selatan, di mana beliau dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Bagaimanapun, belum ada perkembangan mengenai status kesihatan bekas presiden dan pemimpin anti dasar aparteid yang berusia 94 tahun itu setakat pagi Isnin.

Rakyat di Afrika Selatan dan seluruh dunia memberi perhatian kepada Mandela dengan menyampaikan pesanan berunsurkan sokongan untuk tokoh yang merupakan simbol kedamaian itu.

Mandela menghabiskan 27 tahun dalam penjara semasa pemerintahan kulit putih dan dibebaskan pada tahun 1990.

Beliau mengetuai gerakan dari aparteid sehingga demokrasi dan menjadi presiden yang dilantik oleh semua kaum pada 1994. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan