Kru Kabin Asiana Berkongsi Pengalaman Dramatik Nahas Pesawat Terhempas

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lee Yoon-Hye, merupakan salah seorang kru kabin dalam nahas pesawat Asiana yang terhempas di San Francisco. Foto EPA
Lee Yoon-Hye, merupakan salah seorang kru kabin dalam nahas pesawat Asiana yang terhempas di San Francisco. Foto EPA

SAN FRANCISCO: Proses pemindahan penumpang dalam penerbangan 214 Asiana bermula agak teruk.

Malah sebelum pesawat yang terhempas itu mula dipenuhi asap, dua gelongsor pemindahan di pintu melambung di dalam ruang kabin dan bukannya di luar, menyebabkan dua kru kabin tercampak ke lantai.

Pengurus kabin, Lee Yoon-Hye yang dilihat sebagai individu terakhir yang meninggalkan pesawat yang terbakar itu berkata, anggota kru mengempiskan gelongsor itu menggunakan kapak bagi menyelamatkan rakan setugas mereka, dengan salah seorang daripada mereka tidak dapat bernafas apabila dihempap oleh gelongsor yang berat.

Lee pada Ahad menjelaskan beberapa detik dramatik dalam proses pemindahan yang luar biasa, yang menyelamatkan seramai 305 daripada 307 orang di dalam pesawat yang terhempas pada Sabtu ketika mendarat di San Francisco.

Seorang kru kabin membuatkan seorang pelajar sekolah rendah takut apabila berada di belakangnya dan meluncur di atas gelongsor itu, kata Lee mengenal beberapa komen pertama oleh kru kabin sejak nahas Boeing 777.

Seorang juruterbang membantu seorang kru kabin yang cedera untuk keluar dari pesawat selepas semua penumpang diselamatkan.

Lee sendiri bertanggungjawab untuk memadamkan api dan membantu para penumpang untuk menyelamatkan diri walaupun tulang pinggulnya patah membuatkan beliau masih dapat berdiri ketika menceritakannya kepada para pemberita di hotel di San Francisco.

Katanya, beliau tidak menyedari seteruk mana kecederaan yang dialaminya sehingga seorang doktor di sebuah hospital di San Francisco kemudiannya merawatnya.

Ia masih tidak jelas sama ada punca nahas disebabkan oleh juruterbang yang tidak berpengalaman atau lapangan terbang, dan pihak berkuasa turut menyiasat sama ada kelengkapan lapangan terbang atau pesawat mengalami masalah.

Pegawai jabatan penerbangan dan syarikat penerbangan berkata, walaupun juruterbang itu sebelum telah membawa Boeing 777 sebanyak sembilan kali – untuk penerbangan tahap sederhana dengan jumlah keseluruhan 43 jam, ia merupakan kali pertama beliau mendaratkan pesawat besar itu di San Francisco.

Penyiasat berkata, beliau menyedari telah menerbangkan pesawat terlalu perlahan dan terlalu rendah, dan cuba untuk membatalkan pendaratan dan kembali ke udara, tetapi beliau gagal.

Lee, 40, yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dengan Asiana, berkata beliau mengetahui dalam beberapa saat sebelum impak yang berlakunya sesuatu yang tidak kena dengan pesawat.

"Sejurus sebelum pendaratan, saya berasa seperti pesawat cuba untuk berlepas. Saya berfikir, 'Apa yang berlaku?' dan kemudian saya merasakan seperti bergegar," kata Lee.

"Gegaran itu dirasakan lebih kuat berbanding ketika pendaratan biasa. Ia merupakan satu kejutan yang amat besar. Selepas itu, terdapat satu lagi gegaran dan pesawat mula bergerak ke kanan dan ke kiri."

Lee berkata, selepas kapten mengarahkan pemindahan, beliau tahu apa yang perlu dilakukan.

"Saya tidak benar-benar berfikir, tetapi badan saya mula menjalankan langkah-langkah yang diperlukan untuk pemindahan," kata Lee.

"Saya hanya memikirkan tentang menyelamatkan penumpang yang seterusnya."

Lee begitu tenang ketika melihat pesawat itu terbakar selepas nahas itu.

"Saya hanya berfikir bahawa saya perlu melakukan pemindahan dengan cepat. Saya tidak mempunyai masa untuk merasakan bahawa api ini akan menyakiti saya," katanya.

Lee berkata, beliau adalah individu yang terakhir keluar dari pesawat dan beliau cuba untuk mendekati belakang pesawat sebelum beliau meninggalkan dua kedua bahawa tidak ada orang yang tinggal di dalam.

Tetapi apabila beliau pergi ke belakang pesawat, terdapat awan hitam dan asap toksik yang membuatkan usahanya mustahil.

"Ia kelihatan seperti siling telah jatuh ke bawah," katanya.

Koroner San Mateo, Robert Foucrault berkata, dua orang terbunuh dalam nahas itu - kedua-duanya merupakan pelajar berumur 16 tahun dari China, yang ditemui di luar pesawat itu.

Lebih daripada satu pertiga daripada penumpang tidak memerlukan rawatan di hospital, dan hanya sebilangan kecil mengalami kecederaan kritikal.

Ketua Bomba San Francisco, Joanne Hayes-White, memuji Lee, sejurus selepas proses pemindahan dilakukan.

“Beliau (Lee) begitu tenang. Saya fikir beliau datang dari terminal," Hayes-White memberitahu pemberita dalam satu klip yang disiarkan ke YouTube.

"Beliau mahu memastikan bahawa semua orang berjaya dikeluarkan.... Beliau adalah seorang wira." - AP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan