Lima Terkorban Bangunan Hotel Di India Runtuh

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SECUNDERABAD (India): Bangunan hotel dua tingkat runtuh di Secunderabad, bandar selatan India pada Isnin, membunuh lima pekerja restoran dan mencederakan 15 yang lain, kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP.

"Lima orang terkorban dan 15 lagi telah cedera apabila Hotel City Light runtuh awal pagi ini," kata pegawai polis tempatan, B. Surender.

Hampir 25 orang sedang bekerja di hotel yang terletak di jalan raya yang sibuk di Secunderabad, di negeri Andhra Pradesh apabila salah satu dinding dapur runtuh, menyebabkan kakitangan tertimbus di bawah runtuhan, kata Surender.

"Lima daripada pekerja telah dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius. Kami masih berusaha untuk membersihkan runtuhan dan mencari mangsa yang tertinggal," katanya.

Sehingga kini masih tidak jelas berapa ramai orang yang masih terperangkap.

"Bangunan ini adalah sangat usang dan terdapat keretakan pada dinding, menurut orang yang berkerja di kawasan berhampiran," katanya.

Beberapa bangunan telah runtuh di India sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kebanyakannya blok pangsapuri di ibu kota kewangan, Mumbai, termasuk sebuah bangunan pada bulan April yang mengorbankan 74 orang.

Runtuhan telah menunjukkan piawaian pembinaan yang buruk di negara ini, di mana permintaan yang besar untuk perumahan dan rasuah endemik sering mengakibatkan bangunan haram dan kekurangan pemeriksaan keselamatan. - AFP

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan