Juruterbang Pesawat 777 Yang Terhempas Berada Dalam Latihan

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan bahagian dalam pesawat Asiana yang terhempas di Lapangan Terbang San Francisco, Ahad. -foto REUTERS
Keadaan bahagian dalam pesawat Asiana yang terhempas di Lapangan Terbang San Francisco, Ahad. -foto REUTERS

SEOUL: Asiana Airlines Inc berkata juruterbang yang bertanggungjawab melakukan pendaratan pesawat Boeing 777 yang terhempas di lapangan terbang San Francisco pada Sabtu sedang menjalani latihan untuk mengendalikan pesawat jarak jauh dan ia adalah penerbangan pertama ke lapangan terbang dengan pesawat tersebut.

"Ia merupakan penerbangan sulung Lee Kang-Kook ke lapangan terbang dengan jet tersebut...Dia berada dalam latihan. Malah juruterbang veteran juga perlukan latihan (untuk jet baru)," kata seorang jurucakap Asiana Airlines, Isnin.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dan berada "di bawah kelajuan" yang sepatutnya dan krunya cuba untuk membatalkan pendaratan hanya beberapa saat sebelum ia merempuh tembok di hadapan landasan, menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Ahad.

"Beliau mempunyai banyak pengalaman dan sebelum ini diterbangkan ke San Francisco dengan pesawat yang berbeza termasuk B747 ... dan dibantu oleh seorang lagi juruterbang yang mempunyai lebih pengalaman dengan 777," kata jurucakap itu.

Lee, yang memulakan kerjaya di Asiana sebagai pelatih pada tahun 1994, mempunyai 9,793 jam pengalaman penerbangan, tetapi hanya 43 jam dengan pesawat Boeing 777.

Co-pilot Lee Jeong-min, yang mempunyai 3,220 jam pengalaman terbang dengan Boeing 777 dan sejumlah 12,387 jam pengalaman terbang, telah membantu Lee Kang-Kook dalam pendaratan, kata jurucakap itu.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Deborah Hersman pada Ahad berkata adalah terlalu awal untuk mengatakan sama ada ia kesilapan juruterbang atau kegagalan mekanikal.

Tetapi beliau berkata tidak ada bukti terdapat masalah dengan penerbangan atau pendaratan sehingga 7 saat sebelum impak, apabila anak-anak kapal yang cuba untuk meningkatkan kelajuan pesawat dan pesawat bertindak balas seperti biasa.

Menara kawalan tidak dimaklumkan tentang timbulnya masalah pada pesawat.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan