70 Firma Pembuat Pakaian Dunia Setuju Bantu Bangladesh Baik Pulih Kilang Pakaian Negara Itu

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Tujuh puluh peruncit pakaian antarabangsa yang mempunyai operasi di Bangladesh berjanji akan membuat penambahbaikan ke atas keselamatan premis kilang-kilang yang mereka lantik sebagai kontraktor dalam tempoh sembilan bulan dari sekarang.

Perjanjian itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengelak malapetaka daripada berulang lagi ekoran kejadian bangunan kilang yang menempatkan para kontraktor pakaian beroperasi runtuh mengorbankan 1,129 orang pekerja 24 April lalu.

Malapetaka yang menimpa Plaza Rana setinggi sembilan tingkat itu disifatkan sebagai kemalangan industri yang terburuk pernah berlaku di dunia.

Para peruncit pakaian seperti Inditex, H&M dan Primark merupakan di antara firma yang bersetuju untuk melakukan penambahbaikan ke atas struktur keselamatan bangunan yang menempatkan kontraktor lantikan mereka.

Bangladesh kini adalah pengeluar dan pengeksport pakaian kedua terbesar di dunia.

Kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti teknikal yang berpusat di sini minggu lalu mendapati, setiap sembilan dari 10 bangunan yang menempatkan kilang pakaian di Bangladesh berhadapan dengan risiko malapetaka kerana dibina tanpa permit dan kelulusan daripada jurutera awam yang sah.

Dengan situasi sebegitu adalah dianggarkan kos untuk melakukan penambahbaikan ke atas struktur bangunan kilang-kilang ini boleh mencecah sehingga AS$3 bilion.

Bagaimanapun, kumpulan 70 peruncit yang menandatangani perjanjian untuk melakukan penambahbaikan tersebut telah pun bertemu dengan Bank Dunia untuk memperolehi bantuan pinjaman.

Kini terdapat lebih kurang 4,500 kilang pakaian beroperasi di seluruh Bangladesh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan