Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Rokok Ke Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan seorang rakyat Malaysia dan merampas 100 karton rokok seludup dari sebuah kereta sport yang didaftarkan di Malaysia, awal Jumaat.

Dalam satu kenyataan, ICA berkata suspek berusia 26 tahun itu berhenti untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, pada kira-kira 5.30 pagi.

Setelah pemeriksaan, pegawai ICA merampas rokok seludup yang disembunyikan di bahagian kotak pembesar suara, kereta berkenaan.

Suspek dan barangan rampasan itu diserahkan kepada Kastam Singapura Kastam untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan