Pasukan Doktor Di Yogyakarta Berusaha Selamatkan Bayi Berkepala Dua

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YOGYAKARTA: Pasukan doktor Hospital Doktor Sarjito Yogyakarta di sini sedang melipatgandakan usaha untuk menyelamatkan bayi lelaki berkepala dua yang lahir sembilan hari lalu di Majenang, Cilacap, Jawa Tengah.

Dr Ekawaty Lutfia, ketua pasukan doktor yang menangani bayi itu, berkata kesihatan bayi itu belum cukup baik kerana dia mengalami gangguan pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan, media tempatan melaporkan pada Khamis.

Bayi lelaki itu, yang merupakan anak kedua pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, penduduk Desa Purwosari, di daerah kecil Wanareja, Cilacap, dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya, Majenang pada pukul 9.25 malam pada Rabu 26 Jun melalui pembedahan.

Kelainan bayi seberat 4.2kg dan panjang 46sm itu ialah ia berkepala dua atau istilah perubatannya disebut 'dicephalus parapagus' dan ia berbeza daripada kembar siam.

Dicephalus parapagus ialah keadaan kembar yang bermula dari kepala sampai leher, ia bukan kembar siam kerana bayi itu hanya mempunyai satu organ dalam termasuk kerongkong serta sepasang kaki dan sepasang tangan sahaja.

Kes dicephalus parapagus sangat jarang berlaku iaitu satu dalam 200,000 kelahiran namun kes ini pernah berlaku di Indonesia pada tahun 2009 dan 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan