Palsukan Wasiat: Bekas Kekasih Wanita Terkaya Asia Dipenjara 12 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chan (dua, kanan) dipenjara 12 tahun kerana didapati bersalah memalsukan wasiat Wang.
Chan (dua, kanan) dipenjara 12 tahun kerana didapati bersalah memalsukan wasiat Wang.

HONG KONG: Sebuah mahkamah di Hong Kong pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang pakar feng shui, Tony Chan yang didakwa bekas kekasih kepada hartawan Hong Kong, Nina Wang selepas didapati bersalah memalsukan wasiat Wang.

Hakim Andrew Macrae menyifatkan perbuatan Chan sebagai 'keji, tamak dan berniat jahat'.

Chan membina kariernya dengan menasihati klien termasuk Wang mengenai feng shui, kepercayaan kuno kaum Cina berdasarkan faktor alam semula jadi dan rohani.

Beliau kalah pertikaian undang-undang pada 2010 untuk menuntut harta peninggalan Wang bernilai $13 bilion (RM41.5 bilion) dalam satu kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian ramai.

Chan didapati bersalah pada Khamis kerana memalsukan wasiat berkenaan.

Wang yang dilahirkan di Shanghai mewarisi kebanyakan daripada harta suaminya, Teddy Wang yang tidak pernah ditemui selepas diculik pada tahun 1990, walaupun wang tebusan telah dibayar.

Walaupun memiliki kekayaan melimpah ruah, Wang dikenali sebagai individu yang berjimat cermat termasuk membeli pakaian di jualan lambak serta bermalam di hotel murah ketika berkunjung ke luar negara.

Wang yang merupakan salah seorang wanita terkaya di Asia meninggal dunia akibat kanser pada 2007 ketika berusia 69 tahun.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan