Kes Penyelewengan: Pendakwa Raya Tuntut Pemimpin Pembangkang Rusia Dipenjara Enam Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alexei Navalny
Alexei Navalny

KIROV: Seorang pendakwa raya warga Rusia menuntut hukuman penjara enam tahun dikenakan terhadap pemimpin tertinggi parti pembangkang negara itu, Alexei Navalny atas tuduhan penyelewangan dalam satu kes yang didakwa berbaur politik.

"Hukuman penjara selama enam tahun dengan denda $30,000 (RM95,640)," tweet Navalny dari kamar mahkamah di Kirov, Rusia ketika pendakwa raya membaca pertuduhan itu.

Terdahulu, pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa dia mahu Navalny didapati bersalah dan ditahan di kamar mahkamah selepas keputusan dibacakan.

Navalny dijangka mengemukakan kenyataan terakhirnya pada Jumaat.

Pemimpin berusia 37 tahun itu didakwa menyeleweng hampir setengah juta dolar dalam urusan perniagaan kayu balak pada 2009 ketika dia bertindak sebagai penasihat kepada gabenor.

Namun, Navalny yang merancang untuk bertanding jawatan Datuk Bandar Moscow akhir tahun ini dan penyokongnya melihat kes itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menutup kritikan terhadap Presiden Vladimir Putin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan