Dua Lagi Kematian Di Arab Saudi Akibat Virus Baru

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RIYADH, Arab Saudi: Arab Saudi berkata, dua lagi meninggal dunia akibat virus pernafasan yang berkaitan dengan SARS, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sekurang-kurangnya 34 orang di negara itu.

Secara keseluruhan, lebih 40 orang meninggal akibat virus itu sejak September lalu, di mana kebanyakan mereka di Eropah dan Timur Tengah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada Rabu berkata, tiga pesakit dengan virus berkenaan telah sembuh, menandakan rawatan itu berkesan.

Virus baru yang berkaitan dengan SARS, virus yang mengorbankan kira-kira 80 orang dalam wabak pada 2003. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan