Cadangan Kerajaan Kenya Beri Komputer Riba Kepada Pelajar Dibantah

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAIROBI, Kenya: Sekumpulan ibu bapa Kenya berkata, mereka membantah cadangan kerajaan untuk memberi komputer riba kepada pelajar sekolah.

Musau Ndunda daripada Persatuan Ibu Bapa Kebangsaan Kenya pada Khamis berkata, kumpulan itu memikirkan bahawa wang yang dibelanjakan untuk membeli komputer riba itu sepatutnya digunakan untuk menaikkan gaji guru-guru dan memberi makanan kepada kanak-kanak.

Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta mencadangkan ketika mengadakan kempen untuk pejabatnya bagi memberikan komputer riba kepada 1.2 juta kanak-kanak yang memasuki sekolah pada setiap tahun, sebagai sebahagian daripada rancangan meluas untuk menjadi negara Afrika Timur sebagai hab Internet.

Program itu akan membabitkan peruntukan kerajaan sebanyak AS$615 juta (RM1.958 bilion) dalam tempoh tiga tahun, yang dirancang akan bermula pada menjelang hujung tahun ini.

Lebih 200,000 guru berkhidmat di sekolah kerajaan di Kenya membuat tuntutan elaun yang masih tidak dibayar, seperti yang dijanjikan sejak 16 tahun lalu. - AP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan