Morsi Enggan Tunduk Desakan Rakyat - Berita Dunia | mStar

Morsi Enggan Tunduk Desakan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi berkata beliau tidak akan tunduk dengan desakan rakyat untuk meletak jawatan.

Malah beliau akan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin negara itu kerana sudah dipilih menerusi pilihan raya yang adil lebih setahun lalu.

“Rakyat sudah memilih saya dalam proses pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Morsi.

Menurutnya, menghormati perlembagaan adalah satu-satunya jaminan untuk mengelak pertumpahan darah daripada terus berlaku.

Morsi berkata demikian selepas pihak tentera memberi beliau tempoh selama 48 jam bermula pada Selasa untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden berikutan bantahan besar-besaran oleh rakyat negara itu terhadap pemerintahan beliau.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan