Empat Menteri Kabinet Mesir Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Empat menteri Mesir pada Isnin meletak jawatan daripada kerajaan, kata seorang pegawai rasmi kabinet, sehari selepas penunjuk perasaan turun mengadakan demonstrasi jalanan menuntut Presiden Mohamed Mursi meletak jawatan.

"Empat menteri mengemukakan peletakan jawatan mereka hari ini," kata pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Beliau tidak memberikan sebab-sebab tetapi agensi berita negeri sebelum ini berkata menteri-menteri telah mempertimbangkan untuk melatak jawatan kerana bersimpati dengan penunjuk perasaan.

Empat menteri itu ialah Menteri Pelancongan Hisham Zaazou, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Atef Helmi, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen Hatem Bagato dan Menteri Negara bagi Alam Sekitar Khaled Abdel-Aal.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan