Protes Sasar Perlawanan Piala Konfederasi

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pertempuran antara penunjuk perasaan anti kerajaan dengan pasukan polis sebelum berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Konfederasi di Rio de Janeiro. Foto EPA
Pertempuran antara penunjuk perasaan anti kerajaan dengan pasukan polis sebelum berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Konfederasi di Rio de Janeiro. Foto EPA

RIO DE JANEIRO: Lebih 5,000 penunjuk perasaan anti kerajaan berarak pada Ahad (waktu Brazil) dekat Stadium Maracana sebelum perlawanan Piala Konfederasi berikutan kemarahan mereka terhadap kerajaan Brazil yang membelanjakan berbilion dolar untuk menganjurkan acara sukan besar itu daripada memberikan khidmat kepada rakyat.

Kira-kira setengah jam sebelum perlawanan bermula, satu pertembungan kecil antara pasukan polis dan sebahagian penunjuk perasaan yang cuba merempuh kawasan pagar yang dikawal untuk keselamatan.

Segelintir mereka membaling batu kepada pihak berkuasa yang bertindak untuk menyembur gas pemedih mata.

Walaupun kumpulan itu dalam jumlah kecil, perarakan itu merupakan gelombang terbaru bantahan kepada negara bersaiz kontinen itu sejak beberapa minggu lalu.

Lebih sejuta orang menyertai perhimpunan jalanan di seluruh negara dalam mengadakan bantahan dengan hanya satu malam pada 20 Jun lalu.

Bantahan itu ekoran kemarahan rakyat terhadap perkhidmatan awam yang mendukacitakan di samping cukai tinggi yang membebankan. - AP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan