Gempa Bumi Sederhana Landa Taiwan

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 7.51 pagi Sabtu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman webnya, gempa itu berpusat 124km di tenggara Taichung, Taiwan dan 1,984km timur laut Kudat, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan