Skandal Seks: Bekas Pegawai Wilayah PKC Dipenjara 13 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang bekas pegawai wilayah Parti Komunis China (PKC) yang terbabit dalam skandal video seks dijatuhi hukuman penjara 13 tahun atas tuduhan rasuah, di Majlis Perbandaran Chongqing, barat daya China pada Jumaat.

Agensi Berita Xinhua melaporkan Lei Zhengfu, bekas Setiausaha Wilayah PKC daerah Beibei, Chongqing, juga didenda 300,000 yuan (US$48,554) dan disabitkan kesalahan rasuah membabitkan jumlah lebih 3.1 juta yuan (US$504,500) di Mahkamah Tengah Bandaraya itu.

Pegawai berusia 55 tahun itu didapati terlibat dalam video seks bersama perempuan simpanan berusia 18 tahun dan rakaman itu tersebar luas dalam laman web November lalu.

Sementara itu, enam dijatuhi hukuman penjara 18 tahun di Chongqing kerana memeras ugut pegawai kerajaan dengan video seks yang dirakam secara rahsia.

Presiden baharu Xi Jinping berikrar untuk memerangi rasuah sejak mengambil alih pemerintahan PKC, tahun lepas.

Xinhua melaporkan sepuluh pegawai kerajaan dan ketua syarikat milik negara dipecat pada Januari kerana terlibat dalam video seks.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan