Serangan Kafe Di Iraq, 11 Terbunuh

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Serangan bom yang menyasarkan beberapa kafe di Baghdad dan bandar lain di ibu negara itu mengorbankan seramai 11 orang, kata pegawai pada Jumaat.

Letupan yang berlaku pada petang Khamis (waktu Baghdad) berlaku di sebuah kafe di kawasan kejiranan Sunni di Banghdad dan satu serangan di tengah bandar Baquba.

Baquba, merupakan bandar yang paling ganas di Iraq dan menyaksikan sebuah letupan bom di sebuah kereta berhampiran sebuah kafe di tengah bandar itu.

Kejadian itu mengorbankan 10 orang dan 35 lagi cedera, kata pegawai perubatan dan keselamatan. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan