Wartawan Yang Tempah Penerbangan Ke Cuba Bersama Snowden Akhirnya Terpedaya

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Mereka sanggup membayar sehingga AS$2,000 untuk menempah tiket penerbangan dari Moscow ke Havana, Cuba hanya semata-mata untuk merakamkan detik-detik bersejarah perjalanan suaka politik Edward Snowden tetapi semuanya hampa apabila melihat kerusi bernombor 17A itu kosong sehingga pintu pesawat Aeroflot ditutup.

Ini adalah kerusi yang menurut rekod penerbangan Aeroflot kepunyaan pelarian Amerika Syarikat Edward Snowden - bekas juruteknik komputer yang sangat dikehendaki oleh kerajaan Amerika atas dakwaan membocorkan rahsia sulit Agensi Keselamatan Kebangsaan kepada umum.

Snowden mendedahkan dalam temuramahnya dengan akhbar The Guardian bagaimana agensi rahsia berkenaan membina satu sistem komputer yang dapat mengesan percakapan dan maklumat yang dikirimkan menerusi internet, facebook dan juga telefon bimbit oleh mana-mana manusia di muka bumi ini.

AS tidak menafikan dakwaan Snowden itu sebaliknya mendapatkan perintah tahanan ke atasnya untuk dicaj di bawah akta keselamatan dalam negara kerana mendedahkan maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara itu.

Para wartawan dan wakil-wakil media yang yakin bahawa mereka akan dapat menemuramah Snowden sepanjang perjalanannya ke Havana dari Moscow ternyata kecewa apabila mereka menyedari yang mereka telah diperdayakan.

Insiden dan drama dalam pesawat itu tidak ubah sepertimana aksi dan adengan dalam filem Hollywood.

Dan sepertimana liku dalam filem spy Hollywood itu, protagonis sebenar tidak muncul-muncul - menjadikan berpuluh wartawan yang menempah penerbangan untuk mengiringinya ke Cuba terkulai hampa - sekadar mengejar bayang-bayang.

Akhirnya mereka tiada pilihan melainkan terpaksa menurut pesawat Airbus 330 itu meneruskan perjalanan ke Havana tanpa subjek yang mereka kejari itu dengan seribu satu pertanyaan - di manakah hero yang mereka cari-bari itu berada.

Mereka tertanya-tanya ke manakah dia menghilang setelah dua hari mendarat di Moscow.

Kini Snowden tidak muncul di dalam pesawat yang telah ditempahnya sejak dua hari lalu.

Selepas tiba di Moscow dari Hong Kong bersama peguamnya Sarah Harrison, mereka telah membuat penempahan tiket penerbangan ke Havana yang dijadualkan berlepas pada Isnin menerusi pesawat Aeroflot SU 150.

Snowden diberikan kerusi bernombor 17A manakala Sarah pula 17C.

Tetapi selepas semua penumpang telah mengambil tempat duduk dan hanya tinggal tiga sahaja lagi penumpang yang belum memasuki pesawat, para wartawan yang menunggunya siang-siang lagi mula gelisah.

Malah ada wartawan yang merenung tajam ke arah pintu bagaikan helang yang sedang menanti untuk menerkam mangsanya apabila pengumuman dibuat yang pesawat akan berlepas dalam masa lima minit lagi.

Mereka semakin gelisah yang semua ini hanyalah satu konspirasi untuk mengelabui mata semua orang.

Dan apabila pintu pesawat yang berat itu tertutup rapat, mereka akhirnya menyedari yang mereka akan benar-benar meneruskan penerbangan meletihkan selama 12 jam ke Cuba tanpa Snowden.

Enggan menerima hakikat yang perjalanan mereka ke Cuba akan menjadi sia-sia belaka, ada di kalangan wartawan yang membuat spekulasi yang Snowden sebenarnya di bawa masuk menerusi pintu rahsia pesawat terus ke ruang kokpit.

Tetapi selepas masa berlalu semua wartawan di dalam pesawat Aeroflot itu mula menerima hakikat yang Snowden benar-benar tidak berada di dalam pesawat itu.

Sekali-sekala terdengar bunyi petikan punat kamera menandakan terdapat wartawan dan jurugambar yang merakamkan dua buah kerusi kosong bernombr 17A dan 17C itu sebagai kenang-kenangan atau mungkin juga bahan berita.

Sama ada Snowden ada atau tiada di dalam pesawat itu, ia tetap menjadi bahan berita.

Kembali ke Moscow, hasil pemeriksaan mendapati, Snowden dan juruiringnya itu yang sepatutnya mendaftar masuk ke sebuah hotel di lapangan terbang sementara menunggu penerbangan mereka ke Cuba pada Isnin didapati tidak melakukan demikian.

Pihak hotel mengesahkan yang mereka tiada pelanggan bernama Edward Snowden dan Sarah.

Ini menimbulkan syak yang agensi perisikan Rusia telah merancang jalan keluar sulit buat Snowden dan juruiringnya itu.

Ada kemungkinannya juga segala hu-ha mengenai perjalanan Snowden ke Selatan Amerika untuk mencari perlindungan politik di Ecuador hanyalah satu sandiwara.

Hakikat sebenarnya ialah Snowden mungkin diberi perlindungan di Rusia sepertimana yang pernah ditawarkan oleh Presiden Putin sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan