Kevin Rudd Dipilih Semula Sebagai PM Australia

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kevin Rudd. Foto AP
Kevin Rudd. Foto AP

MELBOURNE: Kevin Rudd sekali lagi akan menjadi perdana menteri selepas muncul pemenang dalam undian bagi memilih kepimpinan Parti Buruh Australia.

Beliau mengalahkan Perdana Menteri Julia Gillard, yang berikrar untuk bersara daripada politik dalam pilihan raya akan datang, dengan memperoleh 57 undi berbanding 45 pada Rabu malam di Canberra.

Rudd, yang fasih berbahasa Mandarin, menjadi Pengerusi Parti Buruh dan bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Khamis pagi.

Timbalan perdana menteri baru ialah Anthony Albanese yang menggantikan Wayne Swan.

Gillard mengetepikan Rudd tiga tahun lepas bagi jawatan perdana menteri dan menjadi perdana menteri wanita pertama bagi negara ini.

Sementara itu, anak kelahiran Malaysia Penny Wong, dipilih tanpa bertanding sebagai ketua Senat yang menjadikan beliau ahli politik ketiga paling berkuasa di Australia selepas perdana menteri dan timbalannya.

Wong, seorang daripada ahli politik paling dihormati dan dikagumi di Australia, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah, dan menjadi peguam di Adelaide sebelum menyertai parlimen. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan