Rusia Nafi Bantu Snowden Larikan Diri

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Rusia pada Selasa menafikan terlibat dalam membantu pembocor maklumat perisikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden menghilangkan diri.

Pada masa sama, Rusia membidas Washington kerana menuduh Moscow membantu Snowden melarikan diri.

"Kami tidak terlibat dengan Snowden, hubungannya dengan isu perundangan di AS atau pergerakannya di seluruh dunia," kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

Lavrov tidak mengesahkan atau menafikan Snowden telah mendarat di lapangan terbang Sheremetyevo, Moscow dengan menggunakan penerbangan dari Hong Kong pada Ahad.

Bagaimanapun Lavrov menegaskan yang Snowden tidak menggunakan sempadan Rusia untuk meloloskan diri dari lapangan terbang tersebut.

"Dia memilih laluannya sendiri untuk melarikan diri. Kami difahamkan, dia tidak pernah melalui sempadan Rusia," ujar Lavrov.

Agensi berita Rusia dipetik sebagai berkata, Snowden bermalam di sebuah hotel berhampiran kawasan transit Sheremetyevo yang memerlukan Snowden untuk melalui pemeriksaan pasport atau mempunyai visa Rusia pada malam Ahad.

Terdahulu, White House menggesa Moscow untuk meneliti semua cara yang ada untuk mengusir Snowden kembali ke AS.

Setiausaha Negera AS, John Kerry menyatakan rasa marah mengenai peranan Rusia dalam membantu Snowden melarikan diri.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan