Percubaan Serang Kediaman Presiden Afghan

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KABUL: Puak Taliban melakukan serangan ke atas Istana Presiden Hamid Karzai termasuk meletupkan sebuah kenderaan yang menyamar sebagai kenderaan Nato.

Serangan itu dilakukan tidak sampai seminggu selepas Taliban mengadakan pertemuan damai dengan pihak Kerajaan di Qatar.

Serangan kali ini dilihat sebagai yang paling dahsyat selepas percubaan yang sama dilakukan ke atas Presiden Hamid Karzai pada April 2008.

Bunyi tembakan dan letupan berterusan selama lebih sejam selepas serangan itu bermula pada lebih kurang jam 6.30 pagi Selasa.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kabul, Mohammad Daud Amin, pihak pengawal keselamatan di pintu masuk Istana Presiden mula mengesyaki yang kenderaan menggunakan lambang Nato itu adalah palsu dan apabila ia diarah berhenti ketika itulah mereka meletupkan kenderaan tersebut.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid kemudiannya mengeluarkan kenyataan bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Kali terakhir Kabul diserang ialah pada 11 Jun lalu apabila Puak Taliban sekali lagi mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu yang mengorbankan 15 orang awam di luar pekarangan Mahkamah Agung.

Sejumlah 100,000 askar dari pelbagai negara - 68,000 daripada adalah askar Amerika dijadualkan meninggalkan Afghanistan menjelang tahun depan.

Nato sendiri secara rasminya menyerahkan tanggungjawab menjaga keselamatan negara itu kepada Kerajaan Afghanistan minggu lepas.

Sementara itu di Kandahar, sebuah bom yang diletupkan di tepi jalan telah mengorbankan lapan wanita dan seorang kanak-kanak ketika mereka sedang dalam perjalanan ke satu majlis perkahwinan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan