Thailand Mahu Tarik 940,000 Pelawat Perniagaan

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KRABI: Biro Konvensyen dan Pameran Thailand (TCEB), agensi kerajaan Thai yang bertanggung jawab mempromosikan industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE), kini sedang berusaha mencapai sasaran menarik ketibaan 940,000 pelawat perniagaan serta perolehan 88 bilion baht atau RM9.7 bilion (100 baht = RM11) tahun ini.

Pengarah Jabatan Pemasaran dan Imej Korporatnya, Parichat Svetasreni berkata, tahun lepas, Thailand menerima 895,224 pelawat perniagaan yang menghasilkan perolehan 79 bilion baht.

Beliau berkata demikian kepada kumpulan wartawan Thailand, Malaysia, China, Singapura, Taiwan, Rusia, Korea Selatan, Jepun, Australia, United Kingdom, Hong Kong, Amerika Syarikat yang dibawa melawat Krabi, yang merupakan tarikan terbaharu pelawat perniagaan di Thailand.

Tahun lepas, katanya Thailand menganjurkan 7,382 acara perniagaan di mana 33 peratus daripadanya ialah konvensyen, 25 peratus (mesyuarat korporat), 24 peratus (insentif) dan 18 peratus (pameran).

Sebanyak 65 peratus daripada mereka adalah dari rantau Asia, diikuti Eropah (11 peratus), America (6.0 peratus), Oceania (4.0 peratus) dan rantau lain (14 peratus), katanya.

Sehubungan itu, bagi mencapai sasaran tahun ini, TCEB kini sedang mengubah suai strategi dan promosinya mengikut daya tarikan kawasan berkenaan yang tersendiri seperti Bangkok bagi pelawat yang gemar kehidupan kosmopolitan, Pattaya dan Phuket bagi yang menggemari pantai dan perayaan manakala Chiang Mai bagi yang menggemari seni dan budaya.

Kini, Krabi, yang terletak di sepanjang pantai Laut Andaman yang menawarkan laut yang jernih, pantai yang indah, banyak pulau kecil dan bukit batu kapur yang curam, dimasukkan sebagai aktiviti MICE bagi menambah pilihan pelawat perniagaan.

TCEB mempromosikan Krabi sebagai "The Adventure MICE of the Andaman" kerana menawarkan aktiviti seperti mendaki bukit batu kapur, lawatan dari pulau ke pulau, berkeno dan program tanggung jawab sosial korporat yang boleh disertai pelawat yang berminat, katanya.

Para wartawan yang menyertai lawatan TCEB turut dibawa melawat dari pulau ke pulau serta menyaksikan pelbagai aktiviti di Phranang dan Teluk Railay.

Krabi mempunyai pulau seperti Phi Phi, Lanta, Koh Poda dan Koh Hong serta pantai seperti Ao Nang, Railay, Klong Muang, Phranang, Susan Hoi dan Nopparatthara.

Kebanyakan hotel di Krabi sesuai bagi infrastruktur bersaiz kecil dan sederhana bagi kumpulan maksimum 500 delegasi.

Katanya, tujuh syarikat penerbangan yang terbang ke Krabi ialah Thai Airways, Bangkok Airways, Air Asia, Thai Air Asia, Thai Smile, Tiger Airways dan Krabi Airline. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan