Banjir Di India: Sekurang-kurangnya 1,000 Dilaporkan Terkorban

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GAUCHAR (India): Sekurang-kurangnya 1,000 orang mangsa banjir dan tanah runtuh di utara India dilaporkan terkorban manakala beribu lagi masih terperangkap akibat hujang lebat yang tidak henti-henti.

Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda negeri Uttarakhand yang terletak bersempadan dengan Tibet dan kaki gunung Himalaya itu sejak sembilan hari ini masih memerangkap lebih 8,000 orang termasuk para pelancong asing.

Yashpal Arya, Menteri Bantuan Kecemasan untuk Uttarakhand, mengesahkan mengenai angka kematian itu ketika dihubungi agensi berita antarabangsa, AFP.

Para penganut Hindu mengelar Uttarakhand dengan nama "Tanah Para Dewa".

Bagaimanapun banjir dan hujan lebat yang melanda itu muncul pada kemuncak penganut agama Hindu melakukan kunjungan keagamaan di negeri tersebut termasuklah para pelancong asing.

Sekurang-kurangnya 1,000 buah jambatan disahkan musnah akibat limpahan air sungai dan tanah runtuh.

Malah terdapat beberapa buah kampung dilaporkan lenyap sama sekali dilanda banjir dan arus yang kuat.

Seorang doktor, J.P. Semwal, 65, isteri dan dua anaknya menjadi saksi bagaimana mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan sepanjang 20 kilometer dari pekan mereka Kedarnath menuju ke Guptkashi.

Sementara itu sekumpulan 14 orang pendaki Sepanyol yang terperangkap dalam salji tebal selama empat malam di Laluan Kalindi di kaki Pergunungan Himalaya telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari situ.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan